Google
 

Zoomer Photography's Fan Box

RAHSIA 15


ALAM SEMULAJADI

Alam semulajadi terbahagi kepada 2 jenis, iaitu haiwan-haiwan seperti haiwan peliharaan atau haiwan liar, dan juga tumbuh-tumbuhan. Anda juga boleh menggabungkan haiwan dan tumbuhan untuk menghasilkan idea fotografi bagi tema ini.

Untuk mengambil gambar haiwan, jgn memakai wangian yg kuat kerana haiwan mempunyai deria bau yg kuat. Ia akan lari sebelum anda sempat mengambil gambar. Anda dinasihatkan memilih waktu yg sesuai utk mengambil gambar haiwan seperti waktu sedang makan atau berehat. Kesabaran amat diperlukan sewaktu mengambil gambar haiwan atau tumbuhan. Masa yg berjam-jam lamanya mungkin diperlukan utk mengambil gambar seekor burung. Anak-anak kucing suka bermain dengan gulungan benang. Kenapa tidak cuba mengambil gambar sedemikian?

Gunakan saiz apperture yang besar supaya latar belakang nampak kabur sekaligus menonjolkan subjek utama anda. Menggunakan lens telefoto 200mm atau 300mm adalah sangat sesuai untuk mendapatkan close-up subjek anda. Anda tidak perlu ke tengah hutan utk mengambil gambar binatang atau tumbuhan. Anda boleh pergi ke zoo, taman bunga, kaki lima atau di rumah utk menghasilkan gambar yg baik.

Sekian. Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 14


ALAM BENDA
...sambungan

Anda tidak perlu menggunakan peralatan yang mahal untuk menghasilkan gambar-gambar alam benda. Gunakan peralatan yang anda mampu atau yang ada di rumah dan lihat hasilnya.

Tripod juga merupakan alat yang amat diperlukan supaya anda boleh menggunakan saiz aperture yang kecil untuk zon ketajaman fokus yang luas. Bagi pengguna filem, gunakan filem berkelajuan rendah seperti ISO 50 atau ISO 100. Bagi pengguna kamera digital pula gunakan ISO100 atau ISO200. Untuk hasil yang menarik, dicadangkan untuk anda menggunakan lensa 50mm.

Latarbelakang subjek juga amat penting dan perlu diambil perhatian. Pilihlah latarbelakang yang sesuai.

Selamat berfotografi!


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 13

ALAM BENDA

Jalinan garisan-garisan, bentuk, permukaan sesuatu objek atau benda-benda tergabung dalam penggambaran alam benda. Komposisi dan cahaya merupakan dua faktor penting. Sekiranya kedua-dua faktor ini digunakan dengan sebaik-baiknya, anda boleh mengubah sesuatu objek menjadi lebih menarik dan indah.

Untuk memulakan penggambaran alam benda, elok mulakan dengan sesuatu yang mudah yang menjadi hobi anda seperti setem, wang, kereta mainan dan lain-lain. Tugas ini memerlukan konsentrasi dan kesabaran. Jangan tergopoh gapah untuk menghasilkan sesuatu foto itu.

Dengan meletakkan objek-objek berdekatan tingkap, ia boleh menghasilkan gambar-gambar yang bermutu kerana cahaya dari luar tingkap sudah cukup terang dan asli. Gunakan kad berwarna cerah seperti polisterin untuk membalikkan cahaya ke subjek. Cara ini boleh menutup bayang-bayang hodoh pada subjek.

Bersambung…

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 12


Lanskap (sambungan)

Untuk mengambil gambar lanskap, jika anda menggunakan filem, gunakan filem berkelajuan rendah seperti ISO 50 atau ISO 100 untuk warna yang lebih tepat dan mengurangkan kadar bintik.

Langit yang terang boleh mengelirukan bacaan cahaya meter pada kamera. Dengan itu, bacaan meter hendaklah dibuat pada bahagian bawah untuk mengatasi masalah itu. Ambil gambar dalam semua keadaan cuaca seperti hujan, berangin, kabus dan sebagainya. Jangan hanya pada waktu terang sahaja.

Jika anda menggunakan kamera SLR, untuk memastikan keseluruhan gambar jelas dan tajam, gunakan bukaan aperture yang kecil seperti f16 atau f22. Anda juga digalakkan menggunakan tripod dan cable release. Alat-alat ini berguna supaya kamera tidak bergoyang.

Cuba cari tempat yang jarang orang lalu dan anda tak perlu bawa peralatan yang banyak. Sebuah kamera dengan lensa sudut luas, lensa 50mm, lensa telefoto yang pendek dan tripod sudah memadai.

Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/