Google
 

Zoomer Photography's Fan Box

RAHSIA 11


GAMBAR LANSKAP 2

Sambungan...

Untuk menghasilkan gambar lanskap yang menarik, lensa sudut luas amat sesuai digunakan kerana ia memberi skop yang amat luas. Hasilnya, ia boleh memberikan details yang lebih terperinci bagi lanskap yg hendak kita rakamkan itu. Contohnya, jika kita mengambil lanskap sawah padi, di samping memasukkan unsur langit, horizon, bukit bukau, dan sawah padi, kita juga boleh memperlihatkan helaian daun dan butir-buah padi di dalam satu keping gambar jika kita menggunakan lensa sudut luas.

Sekiranya ingin memasukkan kaki langit (horizon), anda boleh meletakkan kaki langit samada di tengah-tengah gambar, di atas atau di sebelah bawah mengikut imaginatif anda. Ia juga bergantung kepada apa yang sebenarnya ingin anda tonjolkan. Jika hendak menonjolkan awan yang berkepul dan kebiruan langit, letakkan horizon anda di bawah. Sebaliknya jika hendak menonjolkan permukaan pantai bersama sampan atau bukit bukau yang serba hijau, letakkan horizon anda di sebelah atas. Pasti gambar anda jadi sangat menarik.

Topik ini semakin menarik. Akan ada lagi sambungannya...

Selamat berfotografi!

image hosting

image hosting


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 10


GAMBAR LANSKAP

Pengambilan gambar lanskap tidak terhad kepada pemandangan bukit-bukau, laut atau sawah padi sahaja kerana anda boleh memasukkan unsur-unsur seperti langit, air (sungai, laut, tasik dan sebagainya) serta bangunan.

Untuk gambar lanskap, anda tidak perlu pergi jauh kerana persekitaran tempat tinggal anda juga mempunyai keindahan tersendiri. Contohnya di tempat saya ada Air Terjun Sungai Tekali, Empangan Semenyih, Banjaran Titiwangsa, sawah padi di Beranang, Bangunan kilang di kawasan perindustrian Beranang, tasik di Bdr Tasik Kesuma, ladang getah di Rinching, dan banyak lagi.

Awal pagi dan waktu senja merupakan waktu yang sesuai untuk mengambil gambar lanskap. Antara sebabnya ialah ia berupaya memberi kesan cahaya yang berbeza dari biasa. Kabus di sebelah pagi, dan cahaya suram kemerahan di sebelah senja, pastinya memberi kesan emosi pada gambar yang dirakam. Keupayaan anda memberi PERASAAN pada gambar anda, pasti memberi impak yang besar pada mereka yang melihat. Itu kejayaan paling memuaskan pada setiap fotografer.

Topik ini ada sambungannya...

Sementara itu, Selamat Berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 9


GAMBAR POTRET

Jika anda berhasrat untuk mengambil gambar potret secara close-up, elak dari menggunakan lensa wide-angle. Jika anda menggunakan lensa wide-angle, bukaan frame anda akan menjadi luas, dan ini menyebabkan
1. Subjek anda kelihatan kecil
2. Persekitaran/latar akan nampak lebih luas
3. Akan ada distortion pada wajah subjek anda (kelihatan mengembang atau menggelembung)

Untuk mengelakkan perkara itu dari terjadi, pastikan anda jarakkan diri anda dari subjek, kemudian gunakan optical zoom untuk zoom-in kepada subjek anda sehampirnya. Hasilnya 1. Wajah subjek anda akan kelihatan lebih normal/natural 2. Latar belakang akan menjadi lebih sempit dan menjadi kabur (blur). Ini akan menyebabkan subjek anda lebih stands-out, tanpa gangguan dari persekitaran.

(Nota: Elakkan dari menggunakan Digital Zoom, kerana ini akan menghasilkan kualiti gambar yang sangat rendah)

Untuk mendapat tonasi dan tone kulit yang lebih menarik, pastikan cahaya adalah mencukupi, dan gunakan flash pada kadar yang sangat rendah (fill-in flash), cukup sekadar menghilangkan bayang dan memberi sedikit cahaya pada mata anda (penyeri).

Selamat mencuba & Selamat berfotografi!


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 8


PEMBALIKAN DARI AIR

Jika kita mengambil gambar di kawasan yang ada air, seperti di kolam renang, tasik, kolam ikan atau taman bunga, elemen air ini amat menarik untuk dimasukkan sekali di dalam gambar kita. Pembalikan yang dihasilkan oleh air sebenarnya boleh membuatkan subjek kita lebih menonjol.

Sebelum mengambil sebarang gambar, perhatikan jika terdapat air dipersekitaran lokasi anda. Pembalikan yang dihasilkan oleh cahaya matahari atau lampu, atau simbahan warna yang terhasil dari pembalikan pada air, akan memberikan kesan pencahayaan yang menarik ke atas gambar anda. Kesan yang sama juga boleh didapati selepas hari hujan.

Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 7


MENGAMBIL GAMBAR KANAK-KANAK

Mengambil gambar kanak-kanak adalah tugas yang amat menarik. Reaksi mereka selalunya tidak dapat dijangkakan. Jangan paksa mereka untuk beraksi. Biar mereka berlagak sebagai diri mereka yang sebenarnya, dan ambil gambar mereka dalam keadaan kandid. Tapi sebelum itu bawa mereka ke tempat yang mempunyai latar yang menarik seperti di taman, pantai, kolam renang dan sebagainya. Berikan juga sesuatu yang kelihatan menarik untuk mereka pegang, seperti permainan yang berwarna-warni. Pastikan juga mereka memakai pakaian cantik yang berwarna terang. Tugaskan seseorang (kalau boleh ibu kanak-kanak) untuk memanggil mereka supaya menoleh ke arah kamera dan cuba buat mereka ketawa.

Kebaikan kamera digital ialah kita boleh mengambil gambar sebanyak mungkin, dan kemudian pilih yang terbaik sahaja. Kalau boleh sesi dilakukan diwaktu pagi kerana mereka masih segar dan ceria. Tapi awas, kanak-kanak cepat merasa letih dan jemu. Pastikan anda merancang sesi itu supaya ia tidak terlalu lama.

Untuk jurugambar, pastikan anda turun ke bawah supaya separas dengan mata mereka, sekalipun ke tahap meniarap di atas lantai. Jika boleh ambil gambar mereka dengan kerap untuk membiasakan mereka dengan kamera. Oleh itu gaya mereka akan lebih natural dan spontan semasa diambil gambar. Di sebabkan kanak-kanak dewasa dengan cepat, adalah baik untuk dijadikan amalan mengambil gambar mereka dari bayi hingga dewasa. Kalau boleh lakukannya setiap tahun, di tarikh yang sama, contohnya semasa hari pertama persekolahan di setiap awal tahun. So, have fun!

Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah