Google
 

Zoomer Photography's Fan Box

Apa Itu Aperture


Aperture berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya. Ia perlu diselaraskan untuk mendapat lubang atau saiz yg dikehendaki. Saiz-saiz aperture ini diukur dalam nombor 'f' atau 'f stop'.

Saiz aperture yg kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera (melalui lensa) berbanding dengan aperture yg besar. Setiap nombor 'f' disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16. Semakin besar nombor 'f', semakin kecil saiz bukaan aperture.

Apabila kita menukar dari f/4 ke f/5.6 atau f/5.6 ke f/8, cahaya yg memasuki kamera adalah separuh (1/2) dari cahaya nombor 'f' yg sebelumnya. Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yg besar ke saiz aperture yg kecil. Penukaran dari saiz aperture yg kecil ke saiz yg besar adalah sebaliknya. Bidang skala aperture adalah berbeza antara sebuah lensa dengan lensa yg lain. Lazimnya, perbezaan ini bergantung pada harga dan model lensa serta kamera.

Pertukaran dari f/2 ke f/16 akan mengecilkan saiz aperture. Secara tidak langsung, cahaya yg memasuki lensa akan berkurangan.

Penggambaran ditepi pantai atau dibawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Ini bermakna untuk menahan cahaya yg berlebihan dari masuk ke dalam kamera, kita perlu mengecilkan saiz aperture. Apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap, besarkan saiz aperture (f/2.8 atau f/2) untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.

Mengelirukan? Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

Apa Itu Shutter Speed


Bagi beginnerz yg nak tahu apa itu Shutter Speed dan kegunaannya, saya perturunkan disini secara ringkas untuk menambah pengetahuan anda.

Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut. Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.

Selamat mencuba & selamat berfotografi!


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 16


PENGGAMBARAN WAKTU MALAM

Waktu malam juga mempunyai keindahannya yg tersendiri. Seperti penggambaran pada waktu siang, penggambaran waktu malam juga mempunyai teknik-teknik yang tertentu untuk menghasilkan gambar yg menarik dan indah.

Untuk mengambil gambar di jalanraya yang terdapat lampu kereta yg sedang bergerak, dicadangkan anda utk setkan kombinasi dedahan ke f5.6 dan kelajuan shutter selama 20 saat.
Jika hendak mengambil gambar bulan penuh, setkan dedahan aperture kepada f5.6 dan kelajuan shutter 1/500 dengan menggunakan ISO 100 atau 200. Masa terbaik untuk mengambil gambar waktu malam ialah semasa matahari baru saja terbenam tetapi menampakkan sedikit warna dilangit. Jika di awal pagi, cahaya yang baru menyelinap keluar bercampur dengan kabus boleh menimbulkan suasana mistik. Teknik silhouatte juga mudah dihasilkan pada waktu subuh atau senja. Penggunakan tripod amat digalakkan untuk penggambaran begini untuk mengelakkan gegaran atau goyangan pada kamera.

Cahaya yang datang dari banyak sumber seperti lampu jalan, lampu kalimantang, mentol, lampu kereta, lampu bangunan dan sebagainya memberi efek yang berbeza pada kamera anda sekaligus menjadikan gambar anda lebih menarik.

Bagaimana dengan permainan bunga api di KLCC yang di sambut semasa malam kemerdekaan, sudahkah anda cuba untuk merakamkannya. Kerana dengan kombinasi kelajuan shutter dan aperture yang betul, ia boleh menghasilkan gambar percikan yang sangat mempesonakan. Cubalah...

Selamat Berfotografi...

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/