Aperture berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya. Ia perlu diselaraskan untuk mendapat lubang atau saiz yg dikehendaki. Saiz-saiz aperture ini diukur dalam nombor 'f' atau 'f stop'.
Saiz aperture yg kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera (melalui lensa) berbanding dengan aperture yg besar. Setiap nombor 'f' disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16. Semakin besar nombor 'f', semakin kecil saiz bukaan aperture.
Apabila kita menukar dari f/4 ke f/5.6 atau f/5.6 ke f/8, cahaya yg memasuki kamera adalah separuh (1/2) dari cahaya nombor 'f' yg sebelumnya. Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yg besar ke saiz aperture yg kecil. Penukaran dari saiz aperture yg kecil ke saiz yg besar adalah sebaliknya. Bidang skala aperture adalah berbeza antara sebuah lensa dengan lensa yg lain. Lazimnya, perbezaan ini bergantung pada harga dan model lensa serta kamera.
Pertukaran dari f/2 ke f/16 akan mengecilkan saiz aperture. Secara tidak langsung, cahaya yg memasuki lensa akan berkurangan.
Penggambaran ditepi pantai atau dibawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Ini bermakna untuk menahan cahaya yg berlebihan dari masuk ke dalam kamera, kita perlu mengecilkan saiz aperture. Apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap, besarkan saiz aperture (f/2.8 atau f/2) untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.
Mengelirukan? Selamat berfotografi!
Apa Itu Aperture
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment