Google
 

Zoomer Photography's Fan Box

RAHSIA 11


GAMBAR LANSKAP 2

Sambungan...

Untuk menghasilkan gambar lanskap yang menarik, lensa sudut luas amat sesuai digunakan kerana ia memberi skop yang amat luas. Hasilnya, ia boleh memberikan details yang lebih terperinci bagi lanskap yg hendak kita rakamkan itu. Contohnya, jika kita mengambil lanskap sawah padi, di samping memasukkan unsur langit, horizon, bukit bukau, dan sawah padi, kita juga boleh memperlihatkan helaian daun dan butir-buah padi di dalam satu keping gambar jika kita menggunakan lensa sudut luas.

Sekiranya ingin memasukkan kaki langit (horizon), anda boleh meletakkan kaki langit samada di tengah-tengah gambar, di atas atau di sebelah bawah mengikut imaginatif anda. Ia juga bergantung kepada apa yang sebenarnya ingin anda tonjolkan. Jika hendak menonjolkan awan yang berkepul dan kebiruan langit, letakkan horizon anda di bawah. Sebaliknya jika hendak menonjolkan permukaan pantai bersama sampan atau bukit bukau yang serba hijau, letakkan horizon anda di sebelah atas. Pasti gambar anda jadi sangat menarik.

Topik ini semakin menarik. Akan ada lagi sambungannya...

Selamat berfotografi!

image hosting

image hosting


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 10


GAMBAR LANSKAP

Pengambilan gambar lanskap tidak terhad kepada pemandangan bukit-bukau, laut atau sawah padi sahaja kerana anda boleh memasukkan unsur-unsur seperti langit, air (sungai, laut, tasik dan sebagainya) serta bangunan.

Untuk gambar lanskap, anda tidak perlu pergi jauh kerana persekitaran tempat tinggal anda juga mempunyai keindahan tersendiri. Contohnya di tempat saya ada Air Terjun Sungai Tekali, Empangan Semenyih, Banjaran Titiwangsa, sawah padi di Beranang, Bangunan kilang di kawasan perindustrian Beranang, tasik di Bdr Tasik Kesuma, ladang getah di Rinching, dan banyak lagi.

Awal pagi dan waktu senja merupakan waktu yang sesuai untuk mengambil gambar lanskap. Antara sebabnya ialah ia berupaya memberi kesan cahaya yang berbeza dari biasa. Kabus di sebelah pagi, dan cahaya suram kemerahan di sebelah senja, pastinya memberi kesan emosi pada gambar yang dirakam. Keupayaan anda memberi PERASAAN pada gambar anda, pasti memberi impak yang besar pada mereka yang melihat. Itu kejayaan paling memuaskan pada setiap fotografer.

Topik ini ada sambungannya...

Sementara itu, Selamat Berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 9


GAMBAR POTRET

Jika anda berhasrat untuk mengambil gambar potret secara close-up, elak dari menggunakan lensa wide-angle. Jika anda menggunakan lensa wide-angle, bukaan frame anda akan menjadi luas, dan ini menyebabkan
1. Subjek anda kelihatan kecil
2. Persekitaran/latar akan nampak lebih luas
3. Akan ada distortion pada wajah subjek anda (kelihatan mengembang atau menggelembung)

Untuk mengelakkan perkara itu dari terjadi, pastikan anda jarakkan diri anda dari subjek, kemudian gunakan optical zoom untuk zoom-in kepada subjek anda sehampirnya. Hasilnya 1. Wajah subjek anda akan kelihatan lebih normal/natural 2. Latar belakang akan menjadi lebih sempit dan menjadi kabur (blur). Ini akan menyebabkan subjek anda lebih stands-out, tanpa gangguan dari persekitaran.

(Nota: Elakkan dari menggunakan Digital Zoom, kerana ini akan menghasilkan kualiti gambar yang sangat rendah)

Untuk mendapat tonasi dan tone kulit yang lebih menarik, pastikan cahaya adalah mencukupi, dan gunakan flash pada kadar yang sangat rendah (fill-in flash), cukup sekadar menghilangkan bayang dan memberi sedikit cahaya pada mata anda (penyeri).

Selamat mencuba & Selamat berfotografi!


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 8


PEMBALIKAN DARI AIR

Jika kita mengambil gambar di kawasan yang ada air, seperti di kolam renang, tasik, kolam ikan atau taman bunga, elemen air ini amat menarik untuk dimasukkan sekali di dalam gambar kita. Pembalikan yang dihasilkan oleh air sebenarnya boleh membuatkan subjek kita lebih menonjol.

Sebelum mengambil sebarang gambar, perhatikan jika terdapat air dipersekitaran lokasi anda. Pembalikan yang dihasilkan oleh cahaya matahari atau lampu, atau simbahan warna yang terhasil dari pembalikan pada air, akan memberikan kesan pencahayaan yang menarik ke atas gambar anda. Kesan yang sama juga boleh didapati selepas hari hujan.

Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 7


MENGAMBIL GAMBAR KANAK-KANAK

Mengambil gambar kanak-kanak adalah tugas yang amat menarik. Reaksi mereka selalunya tidak dapat dijangkakan. Jangan paksa mereka untuk beraksi. Biar mereka berlagak sebagai diri mereka yang sebenarnya, dan ambil gambar mereka dalam keadaan kandid. Tapi sebelum itu bawa mereka ke tempat yang mempunyai latar yang menarik seperti di taman, pantai, kolam renang dan sebagainya. Berikan juga sesuatu yang kelihatan menarik untuk mereka pegang, seperti permainan yang berwarna-warni. Pastikan juga mereka memakai pakaian cantik yang berwarna terang. Tugaskan seseorang (kalau boleh ibu kanak-kanak) untuk memanggil mereka supaya menoleh ke arah kamera dan cuba buat mereka ketawa.

Kebaikan kamera digital ialah kita boleh mengambil gambar sebanyak mungkin, dan kemudian pilih yang terbaik sahaja. Kalau boleh sesi dilakukan diwaktu pagi kerana mereka masih segar dan ceria. Tapi awas, kanak-kanak cepat merasa letih dan jemu. Pastikan anda merancang sesi itu supaya ia tidak terlalu lama.

Untuk jurugambar, pastikan anda turun ke bawah supaya separas dengan mata mereka, sekalipun ke tahap meniarap di atas lantai. Jika boleh ambil gambar mereka dengan kerap untuk membiasakan mereka dengan kamera. Oleh itu gaya mereka akan lebih natural dan spontan semasa diambil gambar. Di sebabkan kanak-kanak dewasa dengan cepat, adalah baik untuk dijadikan amalan mengambil gambar mereka dari bayi hingga dewasa. Kalau boleh lakukannya setiap tahun, di tarikh yang sama, contohnya semasa hari pertama persekolahan di setiap awal tahun. So, have fun!

Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 6


MEMILIH YANG TERPILIH

Antara kelebihan yang paling ketara bagi kamera digital ialah kemampuan untuk memadam gambar. Ambillah sebanyak mana gambar yang anda suka, dari segala sudut yang anda rasa menarik, dan kemudian padamkan mana-mana gambar yang anda tidak suka. Sesekali, lihat kembali gambar-gambar yang terkini, padamkan mana-mana yang tidak menarik, atau anda ada versi lebih menarik yang baru anda ambil. Simpan yang terbaik sahaja. Tindakan ini juga akan menjimatkan ruang di dalam kad memori anda. Jika ada peruntukan yang lebih, adalah baik untuk melabur dengan membeli kad memori bersaiz lebih besar.

Mengambil gambar dengan jumlah yang banyak juga sesuai apabila mengambil gambar berkumpulan. Dengan jumlah peserta yang ramai, pasti ada yang akan mengelip mata atau berpaling ke arah lain. Dengan jumlah gambar yang banyak, akan memudahkan anda memilih gambar yang paling perfect!

Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 5


"PREDEFINED SCENE MODES"

Ramai di antara kita tahu bahawa kebanyakan kamera kini didatangkan dengan "selected mode" untuk memudahkan kita mengambil gambar (contoh: Cloudyday, landscape, indoor, full sun, night, sports).

Menukar mode kamera anda ke situasi semasa pastinya akan memberi hasil yang lebih menarik, disebabkan kamera anda akan berupaya untuk memilih kombinasi dedahan yang lebih sesuai yang terdiri dari shutter speed, apperture dan flash untuk memberi hasil gambar yang cantik.

Pengeluar kamera telah bekerja keras untuk menghasilkan modes yang berbeza demi memastikan produk mereka berkualiti. Oleh itu jangan takut untuk menggunakan "predefined scene modes" demi penghasilan gambar yang lebih berkualiti.

Selamat mencuba dan Selamat berfotografi!


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 4



LARI DARI PARAS 'EYE LEVEL'

Kebanyakan kita biasanya mengambil gambar dari paras penglihatan kita (eye level). Kenyataannya hampir semua gambar di ambil pada paras eye-level. Untuk mendapat sudut yang lebih menarik, mengapa tidak kita mencuba untuk melihat sesuatu itu dari sudut yang berbeza.

Kalau tak percaya, bawa kamera anda serendah mungkin untuk mendapat pandangan dari low angle, atau naik ke atas kerusi atau tangga atau mana-mana tempat tinggi untuk mendapat pandangan dari high angle. Atau sengetkan kamera anda ke kiri atau ke kanan untuk memposisikan subjek anda supaya ia kelihatan menarik di dalam frame. Bergerak hampir atau jauhi subjek anda. Buatlah apa saja asalkan anda lari dari tradisi paras eye-level.

Pasti anda akan dapat melihat hasil yang amat menarik, yang pastinya lari dari kebiasaan kita bergambar. Selamat mencuba!

Wassalam & Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 3


HAMPIRI SUBJEK ANDA

Percaya tak jika saya katakan bahawa gambar yang subjeknya hampir dengan anda adalah lebih menarik. Sebelum kita memetik shutter kamera kita, pastikan anda datang sehampir mungkin dengan subjek anda. Ini akan menonjolkan ekspresi muka sebenar subjek anda, samada mereka dalam keadaan gembira, duka, sedih atau ketawa. Segalanya akan tergambar dengan jelas di airmuka dan mata mereka.

Mereka selalu berkata, sekeping gambar membawa seribu cerita. Kilauan mata juga membawa seribu lara. Perbuatan ini juga boleh meminimumkan gangguan penumpuan ke atas subjek utama anda, kerana frame anda hanya akan dipenuhi dengan wajah-wajah subjek, yang pastikan lebih menarik untuk dilihat oleh sesiapa sahaja.

Jika anda tidak berpeluang untuk mendekati, gunakan samada optical zoom atau digital zoom yang selalunya terdapat di kamera anda. Tapi penggunaan digital zoom adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengurangkan kualiti gambar di samping merendahkan tahap resolusi gambar.

Sekian untuk sementara. Selamat Berfotografi!


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

RAHSIA 2


PENCAHAYAAN DI DALAM RUMAH

Jika kita berada di dalam rumah, untuk memastikan tahap pencahayaan adalah mencukupi, selalunya kita akan menggunakan flash. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, elakkan menembak flash secara tepat (direct). Direct flash akan menyebabkan gambar kita terlalu terang (tanpa sebarang tonasi terutama di bahagian muka), disertai bayang yang amat keras. Ini akan terjadi jika kita menggunakan built-in flash, yang selalunya dibina bersama kamera.

Jika anda menggunakan flash berasingan (sebagaimana yang selalu digunakan bersama kamera SLR), pastikan flash anda di arahkan ke siling rumah dan ditembak secara lantunan (bounce). Cahaya yang dihasilkan menggunakan teknik bounce akan lebih merata dan tidak menghasilkan bayang. Gambar anda juga akan menjadi cantik dan menarik.

Semasa mengambil gambar didalam rumah, pastikan juga semua lampu-lampu dipasangkan untuk membantu pencahayaan anda. Lebih menarik jika anda berupaya menggunakan cahaya semulajadi dengan menyuruh subjek anda berdiri di tepi tingkap. Pencahayaan begini boleh menghasilkan kontras yang tinggi dan menarik jika anda berhajat membuat gambar hitam-putih.

Sekian untuk sementara. Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

http://zoomer.fotopages.com/

RAHSIA 1


PENCAHAYAAN

Pencahayaan memainkan peranan yang amat penting dalam fotografi. Tanpa pencahayaan yang cukup, gambar yang terhasil akan menjadi gelap dan terdapat grain, iaitu bintik-bintik hitam seperti pasir yang pastinya akan merosakkan gambar biar bagaimana cantik pun komposisi dan kedudukan subjek.

Jika anda membuat penggambaran di luar (outdoor), sumber pencahayaan utama adalah matahari. Oleh itu setiap kali hendak menghalakan kamera kepada subjek, PASTIKAN KEDUDUKAN MATAHARI ADALAH DI BELAKANG JURUGAMBAR, bukannya dibelakang subjek. Ini akan menyebabkan muka subjek anda termasuk latarbelakang akan menjadi terang akibat suluhan matahari. Masa yang paling sesuai ialah pada sebelah pagi atau petang, bilamana kekuatan cahaya tidak terlalu keras, dan tonasi dan bayang yang terhasil menjadikan gambar lebih menarik.

ELAKKAN penggambaran diwaktu tengahari (kecuali terpaksa), kerana matahari akan berkedudukan tepat di atas kepala kita. Di samping kekuatan cahaya yang sangat keras, ia akan menghasilkan bayang yang buruk terutama di bahagian muka kita. Walaubagaimana pun, ada cara untuk meminimumkan kekerasan bayang itu. Caranya... akan saya terangkan di lain masa.

Selamat berfotografi!

Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah