Google
 

Zoomer Photography's Fan Box

RAHSIA 3


HAMPIRI SUBJEK ANDA

Percaya tak jika saya katakan bahawa gambar yang subjeknya hampir dengan anda adalah lebih menarik. Sebelum kita memetik shutter kamera kita, pastikan anda datang sehampir mungkin dengan subjek anda. Ini akan menonjolkan ekspresi muka sebenar subjek anda, samada mereka dalam keadaan gembira, duka, sedih atau ketawa. Segalanya akan tergambar dengan jelas di airmuka dan mata mereka.

Mereka selalu berkata, sekeping gambar membawa seribu cerita. Kilauan mata juga membawa seribu lara. Perbuatan ini juga boleh meminimumkan gangguan penumpuan ke atas subjek utama anda, kerana frame anda hanya akan dipenuhi dengan wajah-wajah subjek, yang pastikan lebih menarik untuk dilihat oleh sesiapa sahaja.

Jika anda tidak berpeluang untuk mendekati, gunakan samada optical zoom atau digital zoom yang selalunya terdapat di kamera anda. Tapi penggunaan digital zoom adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengurangkan kualiti gambar di samping merendahkan tahap resolusi gambar.

Sekian untuk sementara. Selamat Berfotografi!


Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah

6 comments:

...$weE+ 666... said...

kalau kita praktikkan sumer tips yg diberi dgn hanya menggunakan kamera murah yg tak berapa canggih, bleh nampak cantik gak ke bang?

Zoomer said...

Bole sweetie, tapi dengan sedikit pengubahsuaian la...
1. Elakkan guna body flash secara direct
2. Guna 2nd flash / slave unit yg bole ditembak hasil tindakbalas dari body flash
3. Atau kalau cukup cahaya, tak payah guna flash lansung. Tapi subjek kalau bole jgn bergerak. Kalau tak nanti gbr blur
4. Atau kalau masa tu ada video lighting, pun bole tumpang semangkuk, juga tanpa guna flash
Dengan lain perkataan, kena kreatif sikit la....

...$weE+ 666... said...

oooh camtu ek... bleh try... thanks ye bang!

Zoomer said...

No prob. Selamat mencuba!

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. volvo pass through programming procedure Driver hp610 printer window xp 110 defender land photo rover propecia auckland kenwood car cd player kdc-ps905 land rover range rover used part land rover engine cheap ionamin prices small cameras video 169 lcd tv

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » » »