MENGAMBIL GAMBAR KANAK-KANAK
Mengambil gambar kanak-kanak adalah tugas yang amat menarik. Reaksi mereka selalunya tidak dapat dijangkakan. Jangan paksa mereka untuk beraksi. Biar mereka berlagak sebagai diri mereka yang sebenarnya, dan ambil gambar mereka dalam keadaan kandid. Tapi sebelum itu bawa mereka ke tempat yang mempunyai latar yang menarik seperti di taman, pantai, kolam renang dan sebagainya. Berikan juga sesuatu yang kelihatan menarik untuk mereka pegang, seperti permainan yang berwarna-warni. Pastikan juga mereka memakai pakaian cantik yang berwarna terang. Tugaskan seseorang (kalau boleh ibu kanak-kanak) untuk memanggil mereka supaya menoleh ke arah kamera dan cuba buat mereka ketawa.
Kebaikan kamera digital ialah kita boleh mengambil gambar sebanyak mungkin, dan kemudian pilih yang terbaik sahaja. Kalau boleh sesi dilakukan diwaktu pagi kerana mereka masih segar dan ceria. Tapi awas, kanak-kanak cepat merasa letih dan jemu. Pastikan anda merancang sesi itu supaya ia tidak terlalu lama.
Untuk jurugambar, pastikan anda turun ke bawah supaya separas dengan mata mereka, sekalipun ke tahap meniarap di atas lantai. Jika boleh ambil gambar mereka dengan kerap untuk membiasakan mereka dengan kamera. Oleh itu gaya mereka akan lebih natural dan spontan semasa diambil gambar. Di sebabkan kanak-kanak dewasa dengan cepat, adalah baik untuk dijadikan amalan mengambil gambar mereka dari bayi hingga dewasa. Kalau boleh lakukannya setiap tahun, di tarikh yang sama, contohnya semasa hari pertama persekolahan di setiap awal tahun. So, have fun!
Selamat berfotografi!
RAHSIA 7
Untuk melihat hasilkerja Azam Photography
sila klik di bawah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment